Facebook Upin & Ipin cecah 6 Juta LIKES

Laman sosial Facebook Upin & Ipin sememangnya telah dikenali sebagai jumlah “like” yang terbanyak sejak tahun lalu. Facebook rasmi Upin & Ipin yang telah dikelolakan oleh petugas media Les’ Copaque Production sejak tahun 2009 sering mendapat perhatian kerana sering menjalankan segala bentuk promosi dan kempen menerusinya.

Upin & ipin
Pada beberapa minggu yang lalu, Facebook Upin & Ipin telahpun mencecah jumlah seramai 6 Juta “like” dan dianggap yang terbanyak di Malaysia setakat ini. Pada tahun lepas, Facebook Upin & Ipin telah mendapat tempat ke 5 secara keseluruhan di dalam kategori “Most Famous Fictional Characters” dan mengalahkan watak animasi lain seperti Doraemon dan SpongeBob. Pencapaian ini sungguh membanggakan kerana Facebook Upin & Ipin bukan sahaja dilayari oleh peminat tempatan, malahan dari luar negara seperti dari Canada, Amerika Syarikat, Korea, India dan beberapa negara barat lagi. Di dalam rekod statistik yang dikeluarkan oleh Facebook, lebih dari 2 juta peminat Upin & Ipin berasal dari Indonesia dan peminat dari Malaysia yang mengikuti Facebook Upin & Ipin pula menjangkau bilangan 1 juta. Selebihnya merupakan peminat dari negara-negara lain seperti Singapura, Brunei, Thailand dan yang negara yang baru menunjukkan peningkatan “like” adalah dari negara Filifina.
Facebook Upin & Ipin sentiasa mengikuti perkembangan serta trend applikasi penggunaan Facebook terbaru termasuklah ciri-ciri baru yang diperkenalkan oleh Facebook seperti Facebook Cover dan Timeline. Ciri-ciri baru ini, dipergunakan sebaiknya untuk mempromosikan lebih banyak kempen seperti Karnival Upin & Ipin serta tayangan episod terbaru di TV9.Les’ Copaque Production mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini Upin & Ipin melalui laman social nombor satu itu. Pada masa akan datang, Les’ Copaque Production akan membangunkan lebih banyak aplikasi berdasarkan Facebook bagi mengekalkan popularity Upin & Ipin di alam maya.Share

BUAHMULUT.COM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s