Songlap Temui Penonton Di Eropah & Amerika Syarikat

Kemunculan Songlap di persada festival filem antarabangsa terus diperluaskan dengan jemputan khas tayangan di bandar Warsaw, Poland dan juga bandar peranginan Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat.

Tahun ini edisi keenam Five Flavours Film Festival di Warsaw, Poland telah memberikan perhatian khusus kepada kesenian sinematografi karyawan dari Malaysia dalam seksyen Focus: Malaysia yang mengetengahkan hasil kerja yang pernah merangkul anugerah berprestij di festival filem lain di serata dunia.

Edisi 2012 Five Flavours didedikasikan untuk pembikin filem muda Malaysia yang terlibat sama dalam transformasi perfileman negara dan juga pembikin filem yang berani memaparkan gambaran realiti kehidupan seharian rakyat Malaysia di layar perak. Di antara barisan filem-filem terkemuka ini, Songlap telah diberi penghormatan sebagai filem pembukaan yang ditayangkan sempena Majlis Perasmian festival filem tersebut.

Pengarah bersama Effendee Mazlan telah hadir sebagai tetamu khas di festival tersebut untuk mempersembahkan filem Songlap kepada penonton, di mana ia telah ditayangkan sebanyak tiga kali dalam kategori pertandingan New Asian Cinema. Ini adalah kali pertama kategori pertandingan dianjurkan sebahagian dari program utama festival ini dan New Asian Cinema merupakan gelanggang pertandingan 11 filem dari Malaysia, Thailand, Korea, Jepun, Hong Kong, Filipina, Vietnam dan Taiwan.

Dalam bahagian pertandingan ini, filem terbaik telah dipilih oleh 13 orang ahli Juri Rakyat dan menerima Anugerah Utama semasa Majlis Penutup Festival pada 30 Oktober lalu. Bagi mewujudkan semangat budaya ‘penghargaan filem’ di kalangan orang ramai, ahli-ahli Juri Rakyat telah dipilih dari berpuluh-puluh permohonan dan terdiri daripada golongan bukan profesional yang berminat dengan filem dan budaya Asia.

Di seberang Lautan Atlantik pula, Songlap telah ditayangkan di 27th Annual Fort Lauderdale International Film Festival (FLIFF). Terkenal sebagai ‘Percutian dari Filem Biasa’, festival yang dianjurkan di tiga lokasi serata bandar peranginan pantai yang cerah ini telah mempamerkan lebih daripada 200 filem dari lebih 35 negara.

Turut dimartabatkan sebagai Festival Filem Terpanjang di Dunia oleh Guinness World Records, festival ini telah berlangsung selama 24 hari dari 19 Oktober hingga 11 November lalu. Sebagai satu-satunya filem yang mewakili Malaysia, Songlap telah ditayangkan sebanyak dua kali dalam kategori World Cinema – Features yang merangkumi hasil kerja yang mendapat perhatian dari serata dunia.

“Sambutan yang kami terima untuk Songlap di luar Malaysia hingga ke hari ini telah melebihi jangkaan kami. Tahniah kepada Effendee, Fariza dan kumpulan produksi yang hebat kerana berjaya menghasilkan cerita yang tidak hanya memukau penonton di Malaysia tetapi kini semakin menarik penonton di seluruh dunia,” kata Pengurus Besar Grand Brilliance Tengku Iesta Tengku Alaudin.

Filem Songlap berkisarkan kehidupan dua orang adik-beradik, dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Syafie Naswip, yang terjebak dalam kancah sindiket penyeludupan manusia dan akan membawa anda melalui kehidupan di ceruk metropolitan luas di Kuala Lumpur dan pastinya meninggalkan anda penuh debaran sambil merasai pahit manis kehidupan yang mereka lalui.

Songlap diterbitkan melalui gabungan produksi Grand Brilliance dan Red Films, diarahkan oleh Effendee dan Fariza Azlina Isahak berdasarkan cerita asal yang juga ditulis oleh Fariza.

Songlap sebelum ini pernah ditayangkan di Far East Film Festival ke-14 pada April 2012 di Udine, Italy, Asian Pacific Film Festival pada Mei 2012 di Los Angeles, USA, Filmfest Hamburg, Jerman dan Abu Dhabi Film Festival di Emiriah Arab Bersatu, kedua-duanya pada Oktober 2012.

gua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s