Menezes dipecat jurulatih Brazil

 Mano Menezes SAO PAULO: Mano Menezes hari ini dipecat sebagai jurulatih bola sepak Brazil, sekali gus memberi tamparan hebat kepada negara tuan rumah dalam menganjurkan Piala Dunia 2014.

Menezes, 50, mengambil alih tugas daripada Dunga berikutan aksi hambar skuad Brazil yang hanya layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 lalu.

Namun, Menezes gagal memberi keputusan positif apabila juara lima kali dunia itu gagal dalam aksi Copa Amerika 2011 apabila mereka tewas di kedudukan kelapan kepada Paraguay serta di Olimpik di London, baru-baru ini.

Menezes dipecat selepas mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), Jose Maria Marin, hanya memperoleh 20 kemenangan, enam seri dan lima kalah sepanjang mengendalikan skuad kebangsaan negara itu.

“Menezes tidak lagi bersama mengendalikan pasukan Brazil,” lapor akhbar harian Lance.

Spekulasi media sebelum ini menyebut, tempat Menezes bakal digantikan dengan bekas pengurus kelab Selecao, Luis Felipe Scolari yang kembali semula selepas berjaya memenangi Piala Dunia pada 2002. – AFP

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s