Redknapp bakal ke QPR ganti Mark Hughes

 LONDON: Selepas lima bulan disingkirkan daripada Tottenham, Harry Redknapp kini disebut-sebut kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris apabila mengadakan rundingan awal dengan Queens Park Rangers (QPR) bagi menggantikan Mark Hughes.

QPR yang kini berada pada kedudukan tercorot liga tanpa satupun kemenangan musim ini, akhirnya memecat Hughes semalam, menjadikan jurulatih kedua liga disingkirkan selepas Roberto Di Matteo dari Chelsea, Rabu lalu.

QPR yang kini hanya memperoleh empat mata daripada 12 perlawanan dikatakan mahu Redknapp menyudahkan kempen musim ini.

“QPR dan kami sudah mengadakan hubungan,” kata wakil Redknapp dalam satu kenyataan hari ini.

Redknapp dipecat daripada Tottenham Jun lalu selepas skuad bimbingannya menduduki tempat keempat liga musim lalu. – AFP

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s