Tewas Teruk : Di Matteo Dipecat

alt

LONDON, 22 Nov – Hanya enam bulan selepas mengetuai Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA Inggeris akhirnya Roberto di Matteo telah dipecat oleh kelab Liga Perdana Inggeris.

Beliau telah dipecat hanya beberapa jam selepas kekalahan Selasa 3-0 kepada Juventus dan kini Chelsea berada di ambang menjadi juara bertahan yang akan tersingkir dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Jutawan Rusia, Roman Abramovich, yang mengambil alih kelab pada tahun 2003, kini sedang mencari pengurus ke sembilan, dan telah menemui pengganti yang dianggap bersesuaian.

“Kelab akan membuat pengumuman tidak lama mengenai seorang pengurus pasukan pertama yang baru,” kata satu kenyataan di laman web Chelsea.

Berada di tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris dengan siri kecederaan kepada pemain utama berterusan, Chelsea hanya mencatatkan satu kemenangan dalam lima perlawanan liga dan akan bertemu Manchester City pada hari Ahad.

Menjelaskan pemecatan tersebut, Chelsea mengucapkan terima kasih kepada khidmat Di Matteo di atas “sumbangan besar” namun mengakui keputusan dalam liga pada ketika ini “tidak cukup baik”.

 “Pemilik dan lembaga pengarah merasakan bahawa perubahan perlu dilakukan sekarang agar kelab berada di landasan yang betul,” lapor kenyataan rasmi dari Chelsea.

KLpost

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s