Galaxy Wonderland Platform Yuna Untuk Cipta Lagu Baru

Baru saja memenangi anugerah Video Muzik Terbaik menerusi lagu ‘Sparkle’ di Anugerah Industri Muzik 19, penyanyi terkenal, Yuna yang juga merupakan duta Samsung Galaxy Note II akan berkolaborasi sekali lagi bersama jenama terkemuka, Samsung untuk projek keduanya, ‘Galaxy Wonderland’.

“Terima kasih kepada Samsung kerana sudi bekerjasama dengan saya sekali lagi. Projek pertama antara kami berjaya meraih anugerah dan saya begitu teruja dan tidak sabar untuk berkolaborasi bersama mereka lagi untuk projek kedua ini,” ujar Yuna ketika ditemui pada majlis pelancaran Galaxy Wonderland di Renoma Cafe Gallery, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Menurut Head of Mobile Phone Division, Samsung Malaysia Electronics, Vincent Chong, “Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan Yuna, seorang penyanyi yang unik dan mempunyai perjalanan seni yang penuh inspirasi. Galaxy Wonderland merupakan satu platform buat rakyat Malaysia untuk berkongsi idea mereka mengenai keunikan Malaysia dan inspirasi mereka ini akan digunakan Yuna untuk menghasilkan lagu terbarunya.”

Berkongsi mengenai online portal, ‘Galaxy Wonderland’, Yuna memberitahu, “Saya akan memilih beberapa idea peminat yang kreatif untuk mencipta lagu terbaru saya. Kiranya inspirasi dan idea mereka tentang keunikan dan keindahan Malaysia akan memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan lagu itu nanti.

“Bila dah cukup idea, saya akan mula menulis lirik dan melodi manakala AG Coco akan menggubah lagu ini. Mengikut perancangan, idea asal saya nak buat lagu ini dalam Bahasa Melayu dan Inggeris manakala AG akan lengkapkan ia dengan elemen muzik Pop Elektronik. Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk menghasilkan lagu yang indah bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia.”

Peminat boleh berkongsi sebarang idea dan inspirasi mereka tentang Malaysia di portal, galaxywonderland.my bermula 1 Disember hingga Januari depan. Perjalanan Yuna bersama Galaxy Wonderland juga akan turut ditayangkan di saluran Astro Ria selama 6 episod bermula 20 Disember nanti.

gua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s