Wacana, Konvensyen, Himpunan dan Forum Pembuka Tirai Menjelang Persidangan UMNO 2012

KUALA LUMPUR, 23 Nov. – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2012, pelbagai agenda dan program akan dilaksanakan membabitkan kepimpinan tertinggi parti, pergerakan sayap UMNO, para pelajar termasuklah perwakilan yang hadir dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Kemeriahan persidangan terbesar bangsa Melayu ini akan bermula dengan acara makan malam melibatkan KULN malam ini yang kemudiannya akan berwacana bersama kepimpinan tertinggi dan golongan akademik pada keesokannya di Dewan Tun Dr. Ismail.

Seterusnya para perwakilan KULN ini akan terlibat secara langsung dalam Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 yang akan diadakan pada Ahad di Dewan Merdeka dengan ucaptama yang akan dilakukan sendiri oleh Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Apa yang menarik selepas tamatnya program terbabit, peserta konvensyen akan bersama-sama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Datuk Razali Ibrahim untuk menaiki LRT menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi bersama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak. Ia dilakukan sebagai tanda sokongan sempena Piala Suzuki AFF 2012 yang akan melibatkan perlawanan antara skuad kebangsaan menentang negara jiran, Singapura.

Sebagaimana menjadi kelaziman sejak dua tahun lalu, Forum Antarabangsa turut diadakan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik antarabangsa, kedutaan asing di Malaysia, para pemimpin parti termasuklah pergerakan sayap wanita, pemuda dan puteri selain penglibatan anggota komponen Barisan Nasional, para penganalisis politik dan golongan akademik.

Forum yang akan berlangsung selama dua hari pada Isnin dan Selasa ini akan menyaksikan kepimpinan tertinggi parti dan negarawan mengupas tema berkaitan konflik dan perdamaian dalam politik dengan ucaptama oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selain penglibatan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama gabungan rakan-rakan daripada persatuan-persatuan dan kelab-kelab badan bukan kerajaan (NGO) wanita muda negara serta Sekretariat I.D.E.A yang dipengerusikan oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan menganjurkan Himpunan Wanita Muda Negara 2012 pada Ahad dengan anggaran kehadiran seramai 10,000 peserta.

Program ini bertujuan menghimpunkan wanita muda yang berbilang bangsa, agama mahupun keturunan yang ada dari seluruh Malaysia untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara di samping menyemarakkan lagi semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 23 November 2012 12:42 PM

umno

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s