40 mangsa banjir di FELDA Kota Gelanggi, Jerantut dibenarkan pulang

JERANTUT: Seramai 40 penduduk di FELDA Kota Gelanggi, dekat sini yang ditempatkan di pusat pemindahan berikutan rumah mereka dinaiki air akibat banjir semalam, dibenarkan pulang, pagi ini.

Semua mangsa terdiri daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai FELDA Kota Gelanggi sejak 3 pagi semalam itu, dibenarkan pulang mulai 8 pagi tadi selepas air surut, kata Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail.

Kawasan kediaman mereka sebelum ini dinaiki air antara 1 hingga 1.5 meter dan mereka dibenarkan pulang mulai pagi ini, katanya.

Banjir itu berlaku berikutan hujan lebat dua hari lalu.

Bagaimanapun, beliau menasihati penduduk di daerah itu terutamanya di kawasan berhampiran Sungai Pahang supaya bersiap sedia untuk menghadapi banjir. – BERNAMA

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s