Iamneeta Bukan ‘Band’ Indonesia

Tiga anak muda ini cukup unik perkenalan mereka. Neeta Manishaa (Neeta), 17, mengenali Anas Zakwan Azhar (Anas), 18, melalui laman Myspace manakala, Patrick Anohada (Patrick), 26, adalah kawan kepada kawan Anas. Pertemuan yang tidak disengajakan ini telah menyatukan minat mereka bertiga dalam bidang muzik.

Persamaan mereka dalam berkongsi cita rasa muzik yang sama, lantas tertubuhlah satu kumpulan yang  bernama Iamneeta dibawah naugan NAR Records Sdn Bhd .

Mereka berjaya memikat  hati pendengar remaja dengan single pertama mereka ‘Tuhan Tolong Aku’ yang menjadi siulan peminat-peminatnya. Kini kumpulan remaja yang sedang meningkat naik ini, telah lahir dengan single kedua mereka yang berjudul ‘Terima Kasih’. Lagu serta lirik adalah ciptaan sepenunhnya oleh gitaris kumpulan Iamneeta iaitu Patrick.

Dengan lahirnya single kedua kumpulan Iamneeta, ia bakal menyemarakkan lagi penjalanan seni Iamneeta  yang  mempunyai lebih 13000 ‘Like’ laman sosial ‘Facebook’ dalam masa kurang dari setahun mereka bergelar anak seni.

Meskipun kurang mendapat pendedahan dimedia cetak, kumpulan Iamneeta tetap laris dengan undangan-undangan untuk persembahan didalam dan luar negara.

Lagu berjudul ‘Terima Kasih’ ini menampakkan kematangan vokal Neeta disertakan dengan liriknya yang sangat puitis dan melodinya yang sangat ‘catchy’. Dengan kematangan vokal dalam ‘single’ ini pastinya akan dapat menarik perhatian pendengar untuk terus menyokong kumpulan baru ini dipersada seni muzik.

ohbulan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s