Menang Hadiah, Kongsi Idea Lawak Dalam Mega Tweet Race!

Untuk memeriahkan lagi musim MLM 2012 kali ini, pihak Astro terutamanya Astro Warna telah menganjurkan peraduan Mega Tweet Race yang memberi peluang kepada penonton dan peminat setia program maharaja lawak menunjukkan kehebatan dan potensi mereka sebagai seorang pelawak.

Para peminat dan penonton hanya perlu menghantar dan berkongsi idea lawak mereka melalui laman sosial Facebook dan Twitter rasmi maharaja lawak. Pengguna hanya perlu menggunakan hashstag #MaharajaLawakMega dan tweet lawak yang paling tinggi setiap minggu bakal memenangi hadiah lumayan yang menanti para pemenang.

Peraduan ini berlangsung selama 6 minggu dan setiap minggu 50 peserta yang paling gempak lawaknya akan disenaraikan dan setiap minggu akan ada seorang pemenang yang bakal membawa pulang hadiah berupa Ipod Touch dan dua tiket untuk menonton persembahan MLM 2012 dan sembilan pemenang yang lain akan menerima dua tiket MLM 2012. Bagi pemenang utama, hadiah hebat kamera DSLR Canon EOS 60D bakal menjadi hak milik anda.

Jadi apa tunggu lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk turut serta dalam peraduan Mega Tweet Race dengan melayari laman facebook rasmi maharaja lawak di http://www.facebook.com/MaharajaLawak untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang Mega Tweet Race.

Para peminat dan penonton juga mengunjungi laman Mega Tweet Race di facebook dan ‘like’ halaman tersebut sebagai tanda sokongan dan mulakan Mega Tweet Race anda sekarang!

Ayuh terus menonton dan menyokong kumpulan kegemaran anda di program Maharaja Lawak Mega 2012 yang bersiaran setiap hari Jumaat di Astro Warna (132), Mustika HD (134) pada jam 10.00 malam.

murai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s