Yuna Selebriti Berpengaruh Media Sosial Shout Awards 2012

Seperti yang telah dijangkakan, penyanyi dan komposer Yuna yang sudah bertapak di Amerika Syarikat, masih dihargai oleh peminatnya di Malaysia apabila dia berjaya merangkul dua anugerah di Shout Awards 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon semalam.

Bagi kategori Popstar Award, Yuna mengetepikan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Mahiaddin. Yuna juga merupakan selebriti yang paling berpengaruh dalam sosial media menerusi akaun twitternya @yunamusic sehingga dia terpilih untuk memenangi kategori Wired Celebrity Award.

Selain Yuna, Zizan Razak juga antara selebriti ‘favorite’ apabila dia turut memenangi dua kategori iaitu Best On Screen Chemsitry Award bersama Johan untuk program Raja Lawak 6 dan Favorite TV Personality Award.

Pada malam tersebut juga, memperlihatkan Yuna menyerahkan anugerah The Ultimate Shout Awards yang pernah dimenanginya pada tahun 2010 kepada kumpulan adik beradik KRU atas kejayaan mereka selama 20 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Kembali untuk tahun ke-3, Shout Awards juga menghargai bakat-bakat baru apabila kebanyakkan persembahan terdiri daripada artis-artis yang baru meningkat naik seperti Go Gerila, Diandra Arjunaidi, Anas, Ila Damia dan ramai lagi.

Persembahan pembukaan oleh Altimet, Zee dan Goldfish & Blink mampu memberi semangat kepada penonton dengan tarian dan gimik robot ala Transformers yang begitu unik dan menarik.

Namun, persembahan yang paling mendapat tempat di hati penonton adalah daripada Anas dan Ila Damia yang mengenang kembali lagu-lagu 90an yang pernah menjadi fenomena pada satu ketika dulu. Anas menyanyikan lagu Inilah Nasibku nyanyian Nico, manakala Ila Damia mempersembahkan lagu Belaian Jiwa yang dinyanyikan oleh kumpulan Carefree dan dipopularkan semula oleh kumpulan Innuendo.

gua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s