Peserta Himpunan Hijau bermalam di Dataran Merdeka

Sebahagian daripada 20,000 orang peserta Himpunan Hijau bermalam di atas jalan berhampiran Dataran Merdeka pada malam tadi selepas menamatkan perarakan aman sejauh 300km dari Kuantan bagi membantah operasi loji Lynas. Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan menunjukkan seramai 200 orang para peserta berkenaan bermalam di situ dan jumlah itu semakin bertambah pagi ini. Walau keletihan namun […]

Aaron Aziz Terkejut MV Untuk Dia Cecah 9 Juta Penonton

Kalau diseluruh dunia sibuk memperkatakan mengenai muzik video Gangnam Style di laman Youtube yang kini mencatat jumlah tontonan sebanyak 825 juta, apa kurangnya dengan karya arahan si hero pujaan, Aaron Aziz untuk muzik video arahannya, Untuk Dia. Muzik video yang menampilkan nyanyian Sleeq dan Najwa Latif kini menjadi muzik video tempatan yang mendapat penonton tertinggi […]

Aidil Zafuan Tidak Sanggup Kehilangan Anak-anak

Nampaknya pergolakan rumah tangga antara pelakon jelita, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan tidak pernah reda. Terbaru menerusi laporan mStar Online, Aidil menegaskan bahawa dia tidak sanggup kehilangan anak-anak dan akan berusaha untuk berjumpa dengan mereka. “Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya.” “Walau apa pun terjadi, saya […]

Harimau Malaya didakwa ‘Sembunyi’ dari pihak Wartawan.

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Skuad Harimau Malaya didakwa telah ‘menyembunyikan diri’ dari pihak wakil media ketika menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang semalam. Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM […]

Kemaskini Jelly Bean Diperkenalkan Untuk Pengguna HTC One X Malaysia

Kemaskini Jelly Bean merupakan salah satu perkara yang dinantikan, apatah lagi dengan jualan One X+ yang telah dimulakan tempoh hari. Kini, secara rasminya, pengguna tempatan telah pun boleh mula mengemaskini kepada Jelly Bean dan menggunakan beberapa fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya. Daripada kemaskini Jelly Bean, ia membawakan beberapa perkara baru untuk pengguna One X, terutamanya […]