Industri Terlalu Terdedah Dengan Muzik Luar – Bunkface

“Industri terlalu ‘expose’ dengan muzik dari luar, kita boleh lihat di sini dengan lambakan K-POP dan pelbagai lagi genre muzik yang kadangkalanya muzik tempatan di anak tirikan,”ujar mereka ketika ditemui semasa pelancaran Album teknologi Bunk Not Dead baru-baru ini.

Mereka kecewa kerana muzik tempatan kini tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat-peminat muzik di Malaysia. Bagi sekumpulan anak muda ini mereka terpanggil untuk meluahkan pendapat mereka mengenai suramnya industri muzik sekarang ini.

“Kalau boleh biarlah pihak-pihak yang sepatutnya hadkan kemasukan muzik-muzik atau pengaruh dari luar banyakkan pula produk dari negara sendiri. Ini bukan apa, untuk masa depan generasi akan datang juga,”ujar Sam pada GUA.

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa platform untuk golongan muda menunjukkan bakat mereka, tidak diperluaskan malah dalam beberapa anugerah sebelum ini ternyata pihak penganjur membawa beberapa orang artis dari luar negara untuk menghiburkan peminat-peminat di Malaysia.

“Walaubagaimana pun kami tetap dengan pendirian kami iaitu akan terus ‘fight’ sehingga muzik band, dan tidak kiralah walau apa genre sekali pun muzik di Malaysia akan terus maju seiring dengan muzik global dunia,”ujar Sam mengakhiri perbualan.

gua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s