Mesir : Penunjuk Perasaan, Polis Bertempur Di Dataran Tahrir

alt

KAHERAH, 29 Nov – Pertempuran baru tercetus berhampiran Dataran Tahrir malam tadi, apabila polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang marah dengan langkah Presiden Mohamed Morsy tidak melucutkan dekri kuasa apa yang disifatkan sebagai percubaan untuk melanjutkan kuasa.

Puluhan pegawai polis – dibantu oleh trak menembak gas pemedih mata – merempuh Simon Boulevard Square untuk melakukan tangkapan dan didakwa telah memukul sesetengah daripada penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan membalas dengan melemparkan batu ke arah polis.

Pertempuran terbaru berlaku setelah sejumlah besar penunjuk perasaan mengerumuni Dataran Tahrir dengan harapan untuk memulihkan gelombang demokrasi setelah hampir dua tahun berlalu dan untuk menuntut Presiden yang dipilih dan dilantik menghormati suara dan hasrat rakyat.

Para pemerhati menyifatkan perhimpunan ini adalah yang terbesar dilihat sejak bekas Presiden Hosni Mubarak telah dijatuhkan awal tahun lepas berikutan protes jalanan yang dilakukan saban hari.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera, kain rentang, melaungkan slogan dan memanggil Presiden Mohamed Morsy untuk menarik kembali dekri kuasa diberikan kepada presiden atau meletakkan jawatan. Majoriti yang membanjiri protes tersebut terdiri dari berbagai kumpulan Mesir yang berbeza, termasuk liberalis, sekularis, golongan sederhana dan para aktivis hak asasi wanita.

“Kami di sini kerana ini adalah negara kita – kita semua,” jerit sekumpulan wanita dihadapam media. “Ia bukan hanya untuk presiden kita.” Namun begitu Morsy masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk menarik kembali dekri kuasa yang diisytiharkan.

alt

Menurut laporan dari EGYNews, media milik kerajaan, ketua Kabinet Mesir Mohamed Refa’a al-Tahtawi, berkata mereka tidak akan memansuhkan dekri kuasa tersebut. Beliau turut menegaskan presiden tidak akan menarik kembali dekri kuasa sebagai salah satu usaha untuk mendemokrasikan Mesir.

Dalam pada itu, jurucakap bagi Ikhwanul Muslimin,  Mahmoud Ghozlan berkata mereka akan mengadakan protes di seluruh negara Sabtu ini dalam menyokong Morsy dan dekri kuasa yang dikeluarkan. Ikhwan Muslimin turut merancang protes “jutaan manusia” di tengah-tengah kebimbangan terhadap potensi besar akan berlaku lagi keganasan.

Sementara itu Sameh Ashour, ketua sindiket dan bekas ahli majlis peguam memberitahu draf terakhir perlembagaan dijangka akan siap untuk dikemukakan bagi pengundian hari ini. Namun begitu sebilangan besar anggota majlis perlembagaan telah meletakkan jawatan sebagai protes terhadap perlembagaan yang dikemukakan.

Ashour berkata 55 dari 100 ahli majlis perlembagaan kekal dan kesemuanya terdiri dari gerakan Islam seperti ahli-ahli sufi dan Ikhwanul Muslimin.

“Ikhwanul Muslimin telah merosakkan perlembagaan,” kata Ashour. “Mereka menyesuaikan perlembagaan mengikut pandangan mereka sendiri selepas wakil Gereja Koptik, pergerakan sivil, dan wakil-wakil revolusioner telah menarik diri.”

Namun begitu, Essam El-Erian, pembantu kanan Morsy, berkata hanya 22 ahli majlis telah meletakkan jawatan dan hanya mereka yang kekal dalam majlis perlembagaan yang akan Khamis ini. Walaubagaimanapun langkah tersebut mendapat kecaman dari reaksi keras salah seorang daripada bekas anggota, Ayman Nour.

“Perkara ini tidak boleh berlaku sama sekali,” kata Nour, bekas presiden majlis perlembagaan yang meletakkan jawatan awal tahun ini. “Ia bakal menjadi pengkhianatan terbesar dalam sejarah Mesir.”

KLpost

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s