Psy dikerumuni peminat di Bangkok


PSY dikerumuni peminatnya di sebuah pusat beli-belah di Bangkok semalam.
BANGKOK – Penyanyi rap Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia menerusi tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style, Psy dikerumuni sejumlah peminatnya semalam.
Para peminat turut meminta autografnya semasa dia muncul di sebuah pusat beli-belah di sini.
Beberapa pekerja di pusat beli-belah tersebut dan sebahagian peminatnya menari tarian kuda sebelum Psy membuat sidang akhbar.
Dia membuat sidang akhbar itu sebelum konsert percumanya berlangsung pada waktu malam.
Konsert itu diadakan sebagai tanda penghormatan terhadap pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang berusia 85 tahun pada bulan depan.
Penyanyi itu merancang untuk menerbitkan album yang mengandungi muzik berentak tarian pada Mac depan.
“Saya berasa amat bimbang tentang muzik video (baharu).
“Mampukah saya mengatasi Gangnam Style,” katanya.
Muzik video itu telah ditonton lebih 850 juta kali di laman YouTube.
Ia menjadi muzik video yang paling banyak ditonton di laman tersebut buat masa ini mengatasi jumlah tontonan muzik video Baby nyanyian Justin Bieber.
“Ia menakjubkan. Saya membuat video itu hanya untuk penduduk Korea Selatan.” katanya.
Menurutnya, dia tidak pernah bermimpi akan menjadi seorang penyanyi bertaraf antarabangsa.

sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s