Shahrizat: Tak salah untuk belajar dari 13 Mei

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata tiada salahnya beliau membangkitkan kebimbangan berhubung ketegangan kaum dan tragedi 13 Mei 1969 dalam teks ucapan dasarnya di perhimpunan agung pergerakan itu semalam.

Katanya lagi, tiada salah untuk belajar daripada peristiwa “jijik” yang disifatkannya sebagai satu sejarah hitam negara.

“Tiada apa-apa yang salah dengan merujuk sejarah. Kita tak boleh padam sejarah negara dan (peristiwa) 13 Mei.

NONE“Ia sebahagian daripada sejarah hitam negara dan saya menegaskan ia
adalah ‘jijik’,” kata beliau pada sidang media pagi tadi.

Isu 13 Mei itu tidak disebut Shahrizat tetapi dinyatakan dalam teks berkenaan yang dimuatkan di laman web Wanita Umno.

Menurut teks berkenaan, Shahrizat menyatakan kebimbangan bahawa Umno akan ditolak sekiranya parti gagal mengatasi cabaran itu.

“Terdapat pelbagai kemungkinan implikasi yang boleh difikirkan, tetapi sesuatu yang paling menakutkan ialah sekiranya parti kita menjadi parti yang tidak lagi relevan dan ditolak rakyat.

NONE“Kita mesti pertahankan ini dari berlaku dan sebab itulah kita perlu bangkit sekarang dengan penuh kesedaran bahawa kita memegang amanah untuk terus menjunjung bangsa dan mendaulatkan negara ini,” katanya.

Jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara “akan goyang” dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang, kata Shahrizat lagi dalam teks itu.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” teks itu dipetik.

malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s