Misi Dato’ Siti Nurhaliza Untuk SimplySiti Di Hati 2012

Pada 26 November 2012, bertempat di Berjaya Times Square Hotels untuk kali keduanya pada tahun 2012 ini kempen SimplySiti Di Hati (Tanggungjawab Sosial Korporat) kembali lagi dengan misi yang lebih besar buat Dato’ Siti Nurhaliza. Kembali bekerjasama dengan Yayasan IJN, 3 kanak-kanak yang mengalami masalah jantung dan memerlukan pembedahan segera telah dipilih.

Kempen yang telah bermula pada 15 November 2012 lalu akan berlangsung sehingga 15 Februari 2013 dan kali ini bakal menyaksikan Dato’ Siti sekali lagi bertindak sebagai perunding kecantikan di kaunter-kaunter SimplySiti di Watsons terpilih. Dengan setiap pembelian, pelanggan bukan sahaja menderma malah berpeluang memenangi tiket-tiket penerbangan serta hadiah hebat lain.

Dato’ Siti bakal menjelajah ke hampir seluruh Malaysia untuk menjayakan misi beliau, bermula dengan Watsons Semua House pada 30 November, Watsons Alamanda dan SACC Mall pada 2 Disember, Watsons Wetex Parade Muar dan Watson’s AEON Bandaraya Melaka pada 28 Disember, Watsons Kompleks Star Parade Alor Star serta Aman Jaya Sg. Petani pada 29 Disember, Watsons Dungun dan Kuala Terengganu pada 26 Januari 2013 dan akhirnya di Watsons AEON Bukit Raja dan Alpha Angle pada 27 Januari 2013. Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik setiap lokasi.

SimplySiti Di Hati 2012 adalah dengan kerjasama Rakan Eksklusif Watsons, Yayasan IJN sebagai Rakan CSR Rasmi sebuah badan amal yang mengumpul dana bagi membantu membiayai kos pembedahan jantung kanak-kanak tersebut. Lebih menariknya tahun ini, penyokong dan pelanggan SimplySiti boleh menyaksikan aktiviti sepanjang kempen ini di dalam rancangan Podium, tayangan setiap hari jam 5.00 petang dan 10.00 malam di saluran TV2 hasil kerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan Rakan Hotel Rasmi yang menjadi hos kepada ketiga-tiga kanak-kanak tersebut serta majlis-majlis yang bakal diadakan sepanjang kempen ini.

SimplySiti menjemput para pengguna SimplySiti serta anda semua untuk turut bersama Dato’ Siti Nurhaliza dalam misi beliau untuk kempen SimplySiti Di Hati 2012. Dengan setiap belian RM150, RM10 akan diderma untuk membiayai pembedahan jantung kanak-kanak tersebut dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan serta hadiah hebat lain. Sokong dan dan jadilah sebahagian daripada SimplySiti Di Hati 2012.

Produk SimplySiti kini boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watsons, cawangan Guardian, Jusco, Carrefour, dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf  di seluruh negara.

gua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s