AJL 27 Meriah Dengan Gabungan Seni & Muzik!

Tanpa sesebuah seni, muzik hanyalah sekadar bunyi yang diibaratkan seperti mencampak batu kedalam air. Hanya air yang berkuak namun tiada apa yang berubah.

Disebabkan ini, Anugerah Juara Lagu yang ke 27 bakal menggabungkan seni dan muzik sebagai satu elemen. Bagi menyemarakkan lagi AJL kali ini, satu acara untuk mencorak arca logo AJL 27 telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas (1 Disember) bertempat di Wangsa Walk, Sogo dan juga Pasar Seni.

Acara mencorak logo AJL 27 ini turut diserta dan diketuai oleh pelukis-pelukis terkenal tempatan seperti Orkibal, An-Nyssa (Yante Ismail) dan juga Donald Abraham bersama finalis AJL 27 yang telah diasingkan mengikut tempat serta ahli-ahli MyTV3, pelajar IACT dan juga peminat yang bermula pada jam 11 pagi di ketiga-tiga tempat yang dipilih.

Untuk pengetahuan, ketiga-tiga pelukis yang telah dipilih masing-masing mempunyai latarbelakang yang menarik. Antaranya ialah Donald Abraham yang telah ditempatkan di pusat membeli-belah Sogo bersama-sama Adira, Bedroom Sanctuary (Bo Amir) dan juga Amir Jahari. Beliau terkenal dengan hasil kerja inspirasi ‘graffiti’ dan telah belajar melukis sendiri tanpa cikgu.

Apa pun, jangan lepaskan peluang anda. Saksikan Anugerah Juara Lagu ke 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

ohbulan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s