Sumbangan amal IFF untuk Palestin

SUZANNA (empat dari kiri) dan Shah Rezza (lima dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Abdelaziz (kanan) di pejabat Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur.
FESTIVAL Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan pada 5 hingga 9 November lalu tidak hanya memberi kesan positif kepada peningkatan fesyen berteras Islamik tempatan. Ia juga menjadi medan kepada penganjur dan organisasi yang terlibat menjalankan kutipan amal untuk disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin.
Kira-kira RM150,000 berjaya dikumpul IFF bersama beberapa organisasi dan badan bukan kerajaan pada IFF Charity Brunch yang diadakan pada 7 November lepas. Acara itu merupakan slot istimewa minggu fesyen tersebut dalam mengumpul dana demi memberi sedikit keceriaan kepada rakyat Palestin.
Penaung dan Pengerusi IFF, Datuk Seri Raja Rezza Shah mewakili IFF menyerahkan sumbangan tersebut dalam bentuk replika cek kepada duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughosh di Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Beramal merupakan antara elemen asas dalam IFF dan kami telah menjalankan tanggungjawab ini sejak dahulu. Tahun ini, IFF telah menetapkan Palestin sebagai penerima kutipan amal, sebelum krisis di Gaza tercetus.
“Kami percaya menerusi sumbangan ini dapat membantu mengurangkan penderitaan yang sedang dialami rakyat Palestin,” ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Shah Rezza.
Rakan kerjasama IFF juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan seperti Persatuan Bencana Alam Kedah yang menyumbangkan RM20,000. Ia disampaikan oleh Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah.
YTL Corporation Berhad, The Zon Duty Free and The Zon Hotels dan Kelab Sukan Artis Malaysia pula masing-masing menyumbangkan RM10,000 manakala Kelab Mutiara Putrajaya memberikan sumbangan bernilai RM5,000

sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s