£28.5 Juta : Chelsea Buru Bintang Bayer Leverkusen

alt

LONDON, 4 Dis – Bintang Bayer Leverkusen, Andre Schurrle dijadualkan akan menyertai Chelsea pada penghujung tahun 2013. Kontrak penyerang sensasi ini membenarkan beliau untuk berhijrah dengan bayaran perpindahan £28.5 juta seperti yang diletakkan kelab itu.

Leverkusen, yang kini menduduki tangga kedua Bundesliga, dijangka menjual Schurrle sewaktu jendela perpindahan musim sejuk bagi mendapatkan harga yang lebih tinggi.

Juara Eropah, Chelsea mengambil kesempatan terbuka ini dan difahamkan telah cuba untuk menandatangani Schurrle dalam musim panas 2012 sewaktu Fernando Torres masih bergelut untuk mendapatkan kontrak baru dengan Chelsea.

Walaubagaimanapun, bapa Schurrle, Joachim, menolak sebarang kemungkinan bintang Leverkusen akan berpindah ke kelab lain sebelum berakhirnya kempen Bundesliga : “Kami mempunyai banyak masa sehingga musim panas akan datang.

 “Sehingga musim panas akan datang, tidak ada sebab untuk Schurrle berpindah.”

Sebelum itu, Chelsea gagal dalam usaha membida Schurrle awal tahun ini dan kini berminat dengan pemain berusia 22 tahun ini untuk mendapatkan khidmat beliau sehingga musim panas kelak.

Schurrle telah membantu Bayer Leverkusen untuk menduduki tangga kedua dalam Bundesliga dengan rekod permainan yang digeruni lawan.

KLpost

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s