K-Pop : BTOB Serang Sundown Festival 2012 Di Singapura

Pada 1 Disember ini bakal berlangsungnya ‘Sundown Festival 2012′ bertempat di Bangunan Pit F1, Marina Promenade, Singapura.

Festival ini bakal memperkenalkan pendatang baru dalam industri hiburan di beberapa buah negara Asia seperti China, Hong Kong, Korea, Taiwan dan Jepun.

Secara umumnya, ’Sundown Festival 2012′ ini merupakan sebuah festival yang eksklusif dan ia telah diuruskan oleh Red Spade Entertainment, dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Festival ini turut merupakan acara tahunan bagi meraikan muzik dan budaya di Asia dan ia bukan sekadar mengetengahkan hiburan malah turut menyatukan kepelbagaian budaya.

Bagi memeriahkan lagi festival ini, pihak penganjur telah menjemput kumpulan K-Pop ’Born to Beat’ atau lebih dikenali sebagai BTOB yang terkenal menerusi lagu ‘Irresistible Lips’ dan ‘Insane’ untuk turut hadir ke festival tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung pembelian tiket, anda boleh layari http://www.sistic.com.sg/. Sebarang semakan boleh dibuat di http://www.sundownfestival.sg/ atau hubungi http://contact@sundownfestival.sg/.

ohbulan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s