Kerana Palestine: Artis Ketepi Ego, Kutip Derma Tempat Awam

Setelah berjaya mengutip RM11,300 untuk tabung Aman Palestin siri 1 di kawasan luar Pavilion, Bukit Bintang pada 21 November lalu, kumpulan Usrah Fitrah yang dianggotai sebilangan artis tempatan yang sudah berhijrah telah meneruskan lagi kempen untuk siri kedua di Jalan Masjid India dan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, petang semalam.

Siri kedua yang diadakan daripada jam 5 petang dan 8 malam semalam itu disertai oleh artis-artis seperti Heliza Helmi, Catriona Ross, Lufya, Irma Hasmi dan Suami, Diana Amir, Ayu OIAM, Yatt Hamzah, Roslan Syah, Syed Ali, Maulana AF dan Slima AF.

Pada acara tersebut, semua artis tanpa segan silu meminta derma secara individu dan bergerak solo bersama tabung masing-masing untuk meminta derma daripada orang ramai yang berada di sekitar jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman termasuk luar kawasan pusat membeli belah Sogo.

Hasil kutipan dana tersebut akan disalurkan terus ke Badan Aman Palestin untuk membantu mengurangkan beban penduduk di bumi Palestin yang teranaiya akibat kekejaman rejim Zionis.

Naib Pengerusi Usrah Fitrah, Heliza Helmi memberitahu, pada siri kedua kutipan amal itu mereka turut melancarkan misi kutipan tabung RM1 Juta Untuk Palestin.

“Sebenarnya kami semua giat membantu mengumpul dana untuk tabung Palestin di mana-mana sahaja kami berada. Bukan sahaja melalui acara rasmi seperti ini tetapi turut giat mengutip derma di majlis-majlis yang kami hadiri.

“Selain kami berjaya mengumpul sebanyak RM11, 300 di siri pertama dalam masa sejam setengah, kami juga berjaya mengumpul sebanyak RM17 000 untuk setiap tabung artis yang membantu mengutip derma secara tidak langsung daripada hasil usaha mereka sendiri.

“Rentetan daripada itu, kami melancarkan misi kutipan untuk tabung RM1 Juta Untuk Palestin pula. Kami akan jalankan kempen ini selama lebih kurang 30 hari iaiatu sehingga menjelangnya tahun baru nanti. Kami harap target kami bakal mencapai sasaran semuanya demi membantu penduduk yang kini menderita di bumi Palestin,” katanya kepada murai.com.my.

Selain itu, Heliza juga turut melahirkan rasa bangga kepada artis yang terlibat dalam kerja amal itu kerana sanggup turun padang dan menjalankan aktiviti amal seperti itu.

“Bukan mudah untuk membuang rasa ego dan segan meminta derma apatah lagi mereka semua ini terdiri di kalangan artis terkenal. Saya rasa atas dasar ehsan dan berjihad di jalan kebenaran, pihak Usrah Fitrah yakin kami semua dapat membantu golongan teranaiya dan ditindas untuk mencapai sasaran kutipan dengan izinNya.

“Apa yang penting, kami amat berharap agar masyarakat tidak kira jenis bangsa dan agama turut sama membantu dalam menyumbang kearah kebaikan dan atas dasar keprihatian dan kemanusiaan sejagat,” jelasnya lagi.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, boleh juga membuat sumbangan memalui khidmat SMS daripada jumlah RM1, RM5 dan RM10 dengan menaip PALESTIN RM(jumlah wang yang mahu disumbang) dan hantar ker 39111.

Sementara bagi golongan dan syarikat koporat yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan melalui cek, mereka boleh hubungi pihak Usrah Fitra dengan menghubungi Din (0123372500) atau Mus (0126933487). Bagi maklumat lanjut sila layari laman web http://www.usrahfitrah.com

murai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s