PMBOA mahu kerajan kaji semula tambang bas akibat kos operasi semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) bersetuju dengan saranan syarikat-syarikat bas supaya kerajaan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus untuk mengelak syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi mereka.

Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, cadangan yang dikemukakan

Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh mempunyai asas yang kukuh kerana realitinya pengusaha bas menanggung kos yang tinggi dalam operasi perkhidmatan bas yang membabitkan penyelengaraan, kos

tayar, tol, casis dan gaji pemandu.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Nadzmi yang mencadangkan kerajaan untuk
mengkaji semula struktur tambang bas sebanyak 30 peratus ekoran kos penyelenggaraan dan harian bas yang semakin meningkat sekarang.

Mohamad Ashfar berkata, PMBOA sudah pun menghantar satu memorandum yang mengandungi 15 cadangan pada 30 Julai lalu kepada Kementerian Kewangan untuk
perhatian Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami antara lain mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan polisi
pengangkutan awam darat nasional dan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus
ekoran kos operasi bas yang semakin meningkat sekarang,” katanya di sini.

Cadangan berkenaan bertujuan membantu pengusaha bas ekspres dan henti-henti
di negara ini daripada mengalami kerugian serta memastikan kebajikan pekerja
terpelihara, kata Mohamad Ashfar.

Beliau berkata, memorandum itu turut dihantar kepada Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) pada tarikh yang sama tetapi sehingga hari ini, PMBOA masih
belum menerima sebarang maklum balas dari pihak terbabit.

Menurutnya, kali terakhir kerajaan menaikkan tambang bas ialah pada 2008 dan
sejak itu industri bas terpaksa berdepan dengan peningkatan kos termasuk
penyelengaraan, kos tayar, tol, casis dan gaji pemandu.

Cadangan lain yang dibangkitkan PMBOA dalam memorandum itu ialah melanjutkan
jangka hayat perkhidmatan bas ekspres selama 10 tahun, dan 15 tahun bagi bas
henti-henti, selain membekukan pengeluaran permit kepada pengusaha baru untuk
tempoh tiga tahun, katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia
(TWU), Tan Sri Zainal Rampak pula berkata beliau menyokong cadangan PMBOA itu danmeminta kerajaan mempertimbang pengecualian cukai untuk pembelian alat-alat
ganti bas dan pembelian bas baru kerana buat masa ini kos-kos berkenaan adalah
tinggi dan ia membebankan pengusaha bas.

“Sekiranya tiada pengecualian cukai atau insentif lain disediakan kerajaan,
agak sukar syarikat-syarikat bas untuk bertahan dan menanggung kos harian tinggi
berbanding hasil keuntungan yang rendah akibat kekurangan penumpang,” katanya.

– BERNAMA

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s