Adakah Facebook Bakal Mengambil-Alih WhatsApp?

Bagi kebanyakkan pengguna yang gemar menghantar dan berhubung dengan rakan-rakan melalui permesejan, mungkin aplikasi Whats App bukan sesuatu yang asing. Dan mengikut ura-ura terkini, ia diperkatakan Facebook sedang berbincang dalam mengambil-alih perkhidmatan WhatsApp.

Sekiranya benar, maka ia akan menambah angka pengguna Facebook secara keseluruhan, memandangkan WhatApp merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular dikalangan pengguna, dan ditawarkan pada pelbagai platform, termasuk iOS, Android, BlackBerry, Nokia S40, Symbian dan juga Windows Phone.

Mengikut angka terakhir yang dikeluarkan oleh WhatsApp, pengguna mereka menghantar dan menerima lebih daripada 1 bilion mesej setiap hari.

Jikalau dibandingkan dengan Facebook Messenger yang diperkenalkan sebagai aplikasi khas untuk beberapa platform, WhatsApp lebih popular pada platform mudah-alih.

Sekiranya benar Facebook mengambil-alihnya, ia tidak diketahui sama ada perkhidmatan WhatsApp ini akan diteruskan seperti perkhidmatan Instagram yang diambil-alih oleh mereka, ataupun dimatikan seperti kebanyakkan perkhidmatan yang diambil-alih oleh Facebook sebelum ini.

amanz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s