Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR

Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) agar menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya sebelum 10 Disember ini agar berpeluang melanjutkan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan.

Ulon Azmi Harun, 62, berkata jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan menyebabkan peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Ahmad Tajuddin, Jitra tidak berpeluang memasuki sekolah asrama penuh.

Katanya keputusan percubaan UPSR anak tunggalnya itu cemerlang iaitu 5A dan apabila keputusan sebenar hanya mendapat 4A 1B.

Dia kemudiannya dinasihatkan oleh guru-guru supaya menghantar permohonan kepada MPM untuk melakukan semakan segera jika terdapat kesilapan mengenai keputusan tersebut.
Ulon Azmi telah menghantar surat permohonan semakan keputusan peperiksaan tersebut kepada MPM pada 20 Nov lepas.

“Kalau MPM lambat hantar keputusan susahlah. Tak ada guna buat rayuan jika keputusan tersebut lambat diketahui sebab permohonan untuk masuk ke sekolah asrama penuh akan tamat 10 Disember ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Justeru beliau merayu kepada MPM agar memaklumkan segera keputusan semakan bagi membolehkan anaknya layak memohon ke sekolah berasrama penuh.
– Bernama

malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s