Bintang Bolasepak Dunia Protes Serangan Bom di Gaza

alt

REAL MADRID, 4 Dis – Sekumpulan bintang bola sepak dunia menggesa Israel dilucutkan hak sebagai tuan rumah untuk kejohanan Eropah Bawah-21 tahun depan berikutan serangan bom bulan lalu ke atas Gaza.

Lebih daripada 60 bintang ternama termasuk Didier Drogba, Eden Hazard, Papiss Cisse dan Demba Ba menandatangani petisyen yang telah diletakkan di laman web bekas Liga Perdana Inggeris dan web Fredi Kanoute untuk La Liga Sepanyol .

“Kami, dan pemain bola sepak Eropah, menyatakan salam perpaduan dengan rakyat Gaza yang hidup di bawah ketakutan dan dinafikan maruah dan hak asasi manusia dan kebebasan,” menurut kenyataan dalam laman-laman web.

 “Pengeboman terbaru Israel ke atas Gaza, mengakibatkan kematian lebih seratus awam, adalah satu lagi dosa dan noda terhadap peradaban dunia.”

Laman-laman web tersebut turut memetik laporan serangan bom oleh tentera Israel di stadium bola sepak di Gaza pada 10 November, yang telah mengorbankan empat pemain remaja, dan turut memetik penahanan dua pemain dari kelab Al Amari yang di Israel “tanpa caj atau penghakiman” sejak Februari lalu.

“Dunia tidak boleh menerima kanak-kanak terbunuh sewaktu mereka bermain bola sepak. Israel akan menjadi tuan rumah Kejohanan UEFA Bawah-21 Eropah, dalam keadaan ini, ianya dilihat sebagai tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai sukan,” menurut kenyataan itu.

“Walaupun gencatan senjata dikuatkuasakan baru-baru ini, rakyat Palestin terpaksa menanggung kewujudan pendudukan haram, rakyat Palestin mesti dilindungi oleh masyarakat antarabangsa. Semua orang mempunyai hak untuk kehidupan bermaruah, kebebasan dan keselamatan. Kami berharap suatu penyelesaian muktamad akhirnya akan muncul.”

Tel Aviv akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan Eropah Bawah-21 Jun 2013, apabila lapan negara akan bersaing di Israel.

KLpost

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s