Perhimpunan Agung UMNO 2012 masuk hari terakhir

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2012, yang masuk
hari terakhir hari ini, dijangka bertumpu kepada ucapan penggulungan para
pemimpin Majlis Tertinggi terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
selaku presiden parti. Persidangan bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra

pada 8.30 pagi dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz
Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.

Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan
dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua
Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan
Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut membuat
penggulungan, diikuti Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib akan membuat ucapan penangguhan sebelum perhimpunan ditangguhkan.

Seramai 2,759 perwakilan hadir bagi mendengar amanat dan mempersiapkan
jentera parti pada Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum menghadapi
pilihan raya umum ke-13. – BERNAMA

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s