Afdlin Shauki Dokumentarikan Perjalanannya Di Gaza

Selain pemergiannya ke bumi Gaza pada 3 Disember ini untuk mengikuti misi membantu rakyat Palestin yang ditindas, pelakon, pengarah serta pengacara terkenal, Afdlin Shauki turut membawa lima krew produksi dari Vision Works untuk merakam sebuah dokumentari mengenai keadaan penduduk di sana.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Afdlin ketika ditemui pada majlis perlantikan beliau sebagai duta Aqsa Syarif memberitahu, “Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada krew saya kerana berjiwa kental untuk menyertai misi ini walaupun mereka sedar keadaan di sana macam mana.

“Saya bersama lima krew termasuk dua jurugambar, seorang juruaudio, penulis skrip dan pengurus produksi akan ke sana bagi berkongsi serta merakamkan dari sudut kaca mata kami mengenai apa saja yang berlaku di sana. Saya akan berkongsi perjalanan saya kepada seluruh rakyat Malaysia dalam bentuk dokumentari dan saya akan berbincang dengan pihak Astro ataupun Media Prima Berhad untuk menerbitkan dokumentari ini.

“Dokumentari ini akan memaparkan dari sudut saya sebagai seorang manusia dan sebagai pembikin filem, ini cara saya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa peritnya kehidupan penduduk di situ. Salah satu sebab saya terpanggil untuk ke sana adalah kerana ingin merasai sendiri keperitan yang dihadapi mereka dan jika saya tidak pergi sendiri, saya tidak akan faham apa yang mereka lalui.

“Apapun, niat utama kami adalah untuk membantu penduduk di sana dulu. Jika ada masa, baru kami akan rakam dokumentari ini. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar, hasil keuntungan dokumentari ini akan saya gunakan untuk membantu penduduk di sana,” ujar Afdlin yang mendapat sumbangan dari IM4U untuk merakam dokumentari ini.

“Kami menggunakan kos sekitar RM70,000 hingga RM100,000 untuk menghasilkan dokumentari ini termasuklah kos penerbangan krew kami. Kami tidak mahu membebankan pihak Aqsa Syarif kerana niat kami untuk membantu saudara kami di sana. Alhamdulillah kami juga ada terima beberapa sumbangan termasuklah dari IM4U. Selain itu, sebahagian kutipan untuk filem ‘Pontianak VS Orang Minyak’ juga akan saya salurkan kepada penduduk di sana.”

Akui berserah dari sudut keselamatan, Afdlin memberitahu, “Walaupun di sana sudah diumumkan gencatan senjata, namun kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami lupakan dulu mengenai perkara lain dan redha dengan apa saja yang bakal berlaku. Saya hanya minta semua orang mendoakan kami selamat pergi dan pulang,” ujarnya mengakhiri perbualan.

gua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s