Penunggang Motosikal Maut Bergesel dengan Lori.

alt

KUANTAN 3 Dis. – Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan lori kren di Jalan Industri Gebeng dekat kawasan Perindustrian Gebeng, petang kelmarin.

Mangsa seorang pekerja swasta, Hazfizul Daisin berumur 27 tahun dan berasal dari Kampung Meruntum, Putatan Penampang, Sabah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian jam 5.40 petang itu mangsa dari arah Kuantan menuju ke Gebeng.

“Tiba di tempat kejadian dipercayai lori kren dari arah sama membelok ke kanan di garisan berkembar lalu bergesel dengan mangsa yang sedang memotong kren itu.

“Akibat itu, mangsa terjatuh dan tercampak ke atas jalan sehingga parah di kepala serta badan. Mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

KLpost

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s