Sungai di 4 negeri melebihi paras amaran

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Rembau, Negeri Sembilan; Melaka Tengah, Melaka; Bentong dan Bera, Pahang serta Sibu, Sarawak agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran.

Menurut portal JPS, setakat 9 pagi ini bacaan paras air Sungai Rembau

di Titian Bintangor di Rembau mencatat 6.40 meter, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar di Melaka Tengah (1.83 meter), Empangan Repas di Bentong (113.67 meter serta Sungai Triang di Triang Bera (34 meter) dan Sarawak Maritime di Sibu

(2.85 meter).

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan kira-kira 66 orang mangsa banjir melibatkan 18 keluarga di dua kawasan di Selangor iaitu
Gombak dan Kuala Langat ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Menurut portal MKN, mangsa banjir di Gombak seramai lapan orang melibatkan
sebuah keluarga ditempatkan di Surau Kampung Laksamana, Gombak manakala seramai 58 orang mangsa melibatkan 17 keluarga di Kuala Langat ditempatkan di Dewan
Genting Sanyen, Kuala Langat.

Portal itu turut melaporkan, kesemua mangsa yang ditempatkan di pusat
pemindahan itu adalah ekoran kejadian banjir iaitu di Gombak melibatkan kawasan
Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Kampung Mahkota, Indian Settlement,
Kampung Arab, Kampung Gantian Sungai Tua dan Kampung Nakhoda manakala di Kuala
Langat melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit Changgang. – BERNAMA

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s