“Saya Sedikit Takut” – Diana Danielle Respon Isu Hamil Awal

Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis resepsi buat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Kuala Lumpur.

Menerusi majlis yang penuh meriah ini, Diana Danielle telah berkongsi serba sedikit mengenai kandungan sulungnya dan memaklumkan setakat ini dia tidak mengalami sebarang alahan, akan tetapi hanya mengidam untuk makan pelbagai makanan.

“Saya lebih banyak mengidam makan macam-macam, tapi tidak pula mengalami alahan. Sebaliknya alahan itu telah pergi kepada Farid pula.”

“Pada minggu-minggu awal dulu, Farid yang selalu muntah-muntah pada waktu pagi sampai apabila pergi berjumpa doktor, dia disyaki mengalami keracunan makanan,” ujar Diana menerusi laporan Kosmo Online hari ini.

Dalam pada itu, aktres ini turut melahirkan rasa kesal kerana ramai yang membuat spekulasi tidak benar mengenai usia kandungannya dan merasa sedikit gementar untuk menggalas gelaran ibu dalam usia muda.

“Pada awalnya, saya tidak terfikir untuk bakal mempunyai cahaya mata dalam tempoh terdekat, tapi apabila saya mendapati ada perubahan pada diri, saya membuat pemeriksaan dan Alhamdulillah saya mengandung!

“Oleh kerana terlalu gembira saya mengumumkan kepada peminat melalui Twitter, selepas itu baru terfikir balik akan kesannya.”

“Bakal bergelar ibu muda, saya akui sedikit takut tapi saya tidak gementar malah terlalu teruja sebenarnya. Saya menerima rezeki Allah dengan tangan yang terbuka dan mahu membahagiakan suami saya sehabis baik.”

Mengulas lebih lanjut mengenai isu kehamilannya, Diana turut mengakui dia seorang yang perahsia dan tidak gemar menceritakan hal peribadi secara terbuka kepada peminat.

“Saya sentiasa macam itu. Saya boleh berkongsi mengenai kehidupan dengan peminat, tapi tidak berlebih-lebih. Semua yang berlaku sepanjang tempoh ini adalah sangat personal bagi saya,” respon Diana mengenai isu kehamilannya.

ohbulan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s