Susulan Kerosakan Tayar : KL Monorail Kembali Beroperasi.

Wednesday, 30 January 2013 20:35 Radhi Razak KUALA LUMPUR 30 Jan, – Perkhidmatan KL Monorail yang tergendala semalam diteruskan seperti biasa pada 10.15 pagi ini.Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata perkhidmatan itu tergendala selepas tayar sebuah daripada tren itu pecah.“Bagi pihak KL Monorial, kami ingin memohon […]

FDI China dijangka Cecah RM1 Bilion Tahun ini.

KUALA LUMPUR, 31 Jan. – Malaysia menjangkakan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari China ke negara ini akan mencecah RM1 bilion pada tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia selaras dengan pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan. “Dijangka RM1 bilion FDI dari China tahun ini khususnya dengan pelancaran Taman […]

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar utara Chile

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggoncang bangunan dan memecahkan cermin tingkap di utara Chile awal pagi tadi tetapi pegawai mengetepikan kemungkinan berlaku tsunami dan tiada laporan kerosakan. Kajian Geologi Amerika Syarikat pada awalnya melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.7 tetapi kemudian mengkaji semula bacaan terbabit. Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 4.15 petang […]

Lelaki tembak tiga orang di kompleks pejabat di AS

PHOENIX: Seorang lelaki menembak tiga orang di kompleks pejabat dan masih bebas, kata polis di Arizona. Kejadian terbaru itu berlaku selepas Kongres membangkitkan isu pengawalan senjata api buat kali pertama sejak kejadian di sekolah Connecticut pada Disember yang mengakibatkan 20 pelajar terbunuh dan mengubah perbahasan mengenai penggunaan senjata api di peringkat kebangsaan. Polis bekata, salah […]