Gempa bumi 6.8 magnitud gegar utara Chile

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggoncang bangunan dan memecahkan cermin tingkap di utara Chile awal pagi tadi tetapi pegawai mengetepikan kemungkinan berlaku tsunami dan tiada laporan kerosakan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat pada awalnya melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.7 tetapi kemudian mengkaji semula bacaan terbabit.

Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 4.15 petang (3.15 pagi waktu Malaysia) dan berpusat pada 44 kilometer utara Vallenar, Chile.

Bencana terbabit dirasai di Santiago menyebabkan bangunan pejabat bergoyang tetapi kesan gempa paling kuat dirasai di utara negara berkenaan apabila siaran televisyen menunjukkan imej barang keperluan dapur berselerak di sebuah pasar raya dan tingkap pecah di sebahagian kediaman di Vallernar, Copiapo dan beberapa bandar berdekatan.

Saksi berkata, orang ramai dari bangunan bertempiaran lari di jalan raya manakala talian telefon mengalami kerosakan dan bekalan elektrik tergendala buat sementara. – AP

berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s