Kumpulan “Guns N’ Roses” Gegar Litar F1 Mac Ini!

Guns N' RosesPada 24 Mac ini bakal berlangsungya ‘Malaysian F1 Grand Prix’ bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur. Perlumbaan yang penuh berprestij ini bakal menampilkan lagenda rock terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Guns N’ Roses, di mana mereka akan mengadakan konsert setelah perlumbaan tamat.

Secara umumnya ini merupakan kali pertama Guns N’ Roses membuat persembahan di Malaysia. Dalam pada itu, kumpulan ini turut difahamkan akan mengadakan konsert jelajah Australia pada bulan Mac akan datang.

Untuk makluman, kumpulan Guns N’ Roses pada asalnya dianggotai oleh Axl Rose (vokalis kumpulan), Slash dan Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (drum). Namun begitu, hari ini cuma tinggal Axl Rose sahaja yang masih kekal di dalam kumpulan tersebut, manakala anggota kumpulan yang lain telah digantikan dengan ahli baru.

Berikut merupakan sedikit makluman mengenai ‘Malaysian F1 Grand Prix’ yang bakal berlangsung pada bulan Mac ini :

Tarikh: 24 Mac 2013 (Ahad)
Masa: 6.00PM – 11.00PM
Lokasi: Helipad, Sepang International Circuit

Jom layan video Guns N’ Roses selepas ini menerusi lagu mereka berjudul ‘November Rain’ :

Tags: Guns N’ Roses, Litar F1 Grand Prix 2013

ohbulan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s