Gempa bumi 6.8 magnitud gegar utara Chile

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggoncang bangunan dan memecahkan cermin tingkap di utara Chile awal pagi tadi tetapi pegawai mengetepikan kemungkinan berlaku tsunami dan tiada laporan kerosakan. Kajian Geologi Amerika Syarikat pada awalnya melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.7 tetapi kemudian mengkaji semula bacaan terbabit. Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 4.15 petang […]

Sungai di 4 negeri melebihi paras amaran

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Rembau, Negeri Sembilan; Melaka Tengah, Melaka; Bentong dan Bera, Pahang serta Sibu, Sarawak agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran. Menurut portal JPS, setakat 9 pagi ini bacaan paras air Sungai Rembau di Titian Bintangor di Rembau mencatat […]

UMNO tegar perjuang Islam, tentang pluralisme, liberalisme: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme. Presiden Umno berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan. “Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi […]

Najib bidas Ketua Pembangkang, bukan pengurus ekonomi yang cekap

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. Beliau turut membidas bahawa Anwar memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. “Kita maklum bahawa, pihak pembangkang dalam usahanya untuk menawan hati rakyat telah mengeluarkan Buku Jingga sebagai manifesto kenapa mereka […]

Najib garis kriteria `calon boleh menang’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, `calon boleh menang’ yang dipilih oleh UMNO hendaklah mampu memberi nilai tambah dan bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti. Presiden UMNO itu berkata, malah calon hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.”Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah sebetulnya mengundi,” […]

Najib laung semboyan pertahankan Putrajaya

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melaungkan semangat kebangkitan kepada seluruh ahli UMNO bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 sambil memberi jaminan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan terbaik. Beliau berkata, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia selaras proses demokratik. “Kita akan menggunakan segala kudrat […]

Kos akibat Taufan Sandy cecah AS$19 bilion

NEW YORK: Kos yang terpaksa ditanggung Bandaraya New York akibat Taufan Sandy baru-baru ini mencecah AS$19 bilion, demikian menurut Datuk Bandar, Michael Bloomberg. Sehubungan itu, beliau merayu agar diperuntukkan dana tambahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan segera bandar raya berkenaan. Bloomberg berkata, bandaraya terbesar itu menyaksikan ia bergelut untuk memulihkan kemusnahan yang berlaku dalam tempoh […]

40 mangsa banjir di FELDA Kota Gelanggi, Jerantut dibenarkan pulang

JERANTUT: Seramai 40 penduduk di FELDA Kota Gelanggi, dekat sini yang ditempatkan di pusat pemindahan berikutan rumah mereka dinaiki air akibat banjir semalam, dibenarkan pulang, pagi ini. Semua mangsa terdiri daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai FELDA Kota Gelanggi sejak 3 pagi semalam itu, dibenarkan pulang mulai 8 pagi tadi selepas air […]

Brazil nafi Guardiola kendali skuad Piala Dunia

RIO DE JANEIRO: Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil, Jose Maria Marin hari ini menafikan laporan bahawa juara dunia lima kali itu akan mendapatkan khidmat jurulatih Pep Guardiola untuk mengetuai cabaran kempen Piala Dunia 2014 nanti. “Peluang amat sedikit untuk membolehkan jurulatih asing bersama kita. Kita memenangi lima Piala Dunia hasil kendalian jurulatih anak tempatan dan […]

Menezes dipecat jurulatih Brazil

 Mano Menezes SAO PAULO: Mano Menezes hari ini dipecat sebagai jurulatih bola sepak Brazil, sekali gus memberi tamparan hebat kepada negara tuan rumah dalam menganjurkan Piala Dunia 2014. Menezes, 50, mengambil alih tugas daripada Dunga berikutan aksi hambar skuad Brazil yang hanya layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 lalu. Namun, Menezes gagal memberi keputusan […]