Misi Dato’ Siti Nurhaliza Untuk SimplySiti Di Hati 2012

Pada 26 November 2012, bertempat di Berjaya Times Square Hotels untuk kali keduanya pada tahun 2012 ini kempen SimplySiti Di Hati (Tanggungjawab Sosial Korporat) kembali lagi dengan misi yang lebih besar buat Dato’ Siti Nurhaliza. Kembali bekerjasama dengan Yayasan IJN, 3 kanak-kanak yang mengalami masalah jantung dan memerlukan pembedahan segera telah dipilih. Kempen yang telah […]

Bunkface Pertama Guna Teknologi AR Di Asia

Selasa lalu, tercipta satu sejarah buat tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunkface apabila mereka melancarkan sebuah album berteraskan teknologi “augmented reality” (AR) yang pertama di Malaysia. Album bertajuk “Bunk Not Dead” itu dilancarkan di Teeq Restaurant, Lot 10 Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Ia merupakan majlis […]

5 Filem Wakil Malaysia Ke Festival Filem Asia Pasifik 55

Bunohan, Hikayat Merong Mahawangsa, Ombak Rindu, Nur Kasih The Movie dan Songlap merupakan lima filem yang terpilih mewakili Malaysia untuk ke Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF 55) yang bakal berlangsung di Macau, China pada 14 hingga 16 Disember hadapan.  Kelima-lima filem ini oleh jawatankuasa pemilihan di sini berdasarkan keunikan dan kekuatan yang ada […]

Ungu Akur Permintaan Peminat

Kumpulan yang popular dengan lagu ‘Kekasih Gelapku’, Ungu memberitahu album terbaru mereka, Timeless adalah hasil daripada permintaan peminat. Memuatkan 14 buah lagu kesemuanya, Timeless hanya memuatkan empat lagu baru, manakala selebihnya adalah lagu-lagu popular Ungu terdahulu . Persoalannya, mengapa Ungu memilih sebuah album kompilasi untuk album ke 12 ini? Adakah mereka semakin ketandusan idea atau […]

Nabil Dapat Anak Perempuan!

Tahniah diucapkan kepada pelawak, pengacara serta penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil bin Ahmad atas kelahiran cahaya mata sulung jam 8.40 pagi tadi. Bayi perempuan comel seberat 2.67kg yang dilahirkan melalui pembedahan ini selamat dilahirkan oleh isteri Nabil, Nazirah Ayub di Klinik Umra, Shah Alam. Berita ini dikongsikan sendiri oleh Nabil di akaun Twitter miliknya […]

Yuna Selebriti Berpengaruh Media Sosial Shout Awards 2012

Seperti yang telah dijangkakan, penyanyi dan komposer Yuna yang sudah bertapak di Amerika Syarikat, masih dihargai oleh peminatnya di Malaysia apabila dia berjaya merangkul dua anugerah di Shout Awards 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon semalam. Bagi kategori Popstar Award, Yuna mengetepikan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, […]

Usop Tidak Menyesal Berhenti Hot FM

Umum mengetahui pelakon komedi, Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha akan menamatkan kontraknya selama dua tahun bersama stesen radio, Hot FM pada hujung bulan ini, iaitu 7 bulan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Namun, penarikan diri beliau dari stesen radio di bawah Media Prima Berhad itu menimbulkan spekulasi […]

Songlap Temui Penonton Di Eropah & Amerika Syarikat

Kemunculan Songlap di persada festival filem antarabangsa terus diperluaskan dengan jemputan khas tayangan di bandar Warsaw, Poland dan juga bandar peranginan Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat. Tahun ini edisi keenam Five Flavours Film Festival di Warsaw, Poland telah memberikan perhatian khusus kepada kesenian sinematografi karyawan dari Malaysia dalam seksyen Focus: Malaysia yang mengetengahkan hasil kerja […]