“Juvana” Kutip RM1.7 Juta Selepas 4 Hari Di Pawagam

Permulaan tahun yang bagus, filem ‘Juvana’ yang diangkat dari drama bersiri lakonan Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan juga Syafie Naswip ini telah berjaya mengutip RM1.7 juta selepas ditayangkan selama 4 hari di pawagam. Filem arahan Faisal Ishak yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 24 Januari lalu menunjukkan […]

Kumpulan “Guns N’ Roses” Gegar Litar F1 Mac Ini!

Pada 24 Mac ini bakal berlangsungya ‘Malaysian F1 Grand Prix’ bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur. Perlumbaan yang penuh berprestij ini bakal menampilkan lagenda rock terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Guns N’ Roses, di mana mereka akan mengadakan konsert setelah perlumbaan tamat. Secara umumnya ini merupakan kali pertama Guns N’ Roses membuat persembahan di Malaysia. […]

“Saya Sedikit Takut” – Diana Danielle Respon Isu Hamil Awal

Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis resepsi buat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Kuala Lumpur. Menerusi majlis yang penuh meriah ini, Diana Danielle telah berkongsi serba sedikit mengenai kandungan sulungnya dan memaklumkan setakat ini dia tidak mengalami sebarang alahan, akan tetapi hanya mengidam untuk makan pelbagai makanan. “Saya […]

Afdlin Shauki Dokumentarikan Perjalanannya Di Gaza

Selain pemergiannya ke bumi Gaza pada 3 Disember ini untuk mengikuti misi membantu rakyat Palestin yang ditindas, pelakon, pengarah serta pengacara terkenal, Afdlin Shauki turut membawa lima krew produksi dari Vision Works untuk merakam sebuah dokumentari mengenai keadaan penduduk di sana. Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Afdlin ketika ditemui pada majlis perlantikan beliau sebagai […]

Konsert JLO: Malam Bling Bling Buat Diva Curvy!

berita | Tempatan Tags: Jennifer Lopez, JLO, penyanyi, Seksi, tarian, menari, casper smart, konsert, dance again world tour live in malaysia 2012, zuhair murad, jumpsuit, Jangan Tak Lihat KUALA LUMPUR, 3 DIS 2012: Ya! Bukan sekadar menjual keindahan punggungnya semata-semata, namun diva pop Jennifer Lopez benar-benar menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi konsert pertamanya dalam Dance […]

Majlis Resepsi Ella, Azhar Ala Rock n Roll Ella

Setelah selamat diijabkabulkan pada 7 Julai lalu, ratu rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, dan pasangannya, Azhar Ghazali,32, telah diraikan di dalam satu majls resepsi yang indah bertemakan smart casual dan rock and roll, di Kelab Darul Ehsan, malam semalam.Majlis yang diadakan di tepi kolam kelab itu bermula setelah mempelai berarak masuk […]

Pasha (Ungu) Tak Mahu Isteri Menyanyi Solo Kerana Cemburu?

Jika anda peminat setia kumpulan Ungu, atau mungkin juga sekadar peminat kepada Pasha, OHBULAN! pasti anda sudah dengar lagu duet Pasha dan Adelia Wilhelmina yang berjudul ‘Penghujung Cinta’, kan? Dilancarkan hampir setahun lepas, tahukah anda bahawa pasangan duet Pasha dalam lagu ini sebenarnya adalah isteri Pasha sendiri? Ya, ramai yang sudah atau masih belum tahu […]

Festival Filem Malaysia 25 Ditangguh Ke Tahun 2013

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak hari ini memberitahu bahawa penganjuran Festival Filem Malaysia ke 25 yang dijadualkan pada 30 Disember hadapan terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun tarikh muktamad belum ditetapkan. “Buat masa ini kita belum menetapkan tarikh penganjuran.  Tetapi kemungkinan besar FFM25 akan dibawa ke bulan […]

Ummi Nazeera Ingin Tamatkan Pengajian Sebelum Berkahwin

Menurut laporan Berita Harian, Ummi Nazeera yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi drama bersiri Nur Kasih, telah menafikan dakwaan yang kononnya mengatakan dia akan menamatkan zaman bujang pada awal tahun hadapan. Pelakon ini turut memaklumkan yang dia ingin menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin. “Saya tidak pernah komen apa-apa mengenai hal ini (berkahwin). […]

Bunkface Pertama Guna Teknologi AR Di Asia

Selasa lalu, tercipta satu sejarah buat tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunkface apabila mereka melancarkan sebuah album berteraskan teknologi “augmented reality” (AR) yang pertama di Malaysia. Album bertajuk “Bunk Not Dead” itu dilancarkan di Teeq Restaurant, Lot 10 Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Ia merupakan majlis […]