DUN Selangor Bubar selepas Chap Goh Meh.

SHAH ALAM 31 Jan. –  Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan. “Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk […]

Susulan Kerosakan Tayar : KL Monorail Kembali Beroperasi.

Wednesday, 30 January 2013 20:35 Radhi Razak KUALA LUMPUR 30 Jan, – Perkhidmatan KL Monorail yang tergendala semalam diteruskan seperti biasa pada 10.15 pagi ini.Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata perkhidmatan itu tergendala selepas tayar sebuah daripada tren itu pecah.“Bagi pihak KL Monorial, kami ingin memohon […]

Penunggang Motosikal Maut Bergesel dengan Lori.

KUANTAN 3 Dis. – Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan lori kren di Jalan Industri Gebeng dekat kawasan Perindustrian Gebeng, petang kelmarin. Mangsa seorang pekerja swasta, Hazfizul Daisin berumur 27 tahun dan berasal dari Kampung Meruntum, Putatan Penampang, Sabah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin […]

Nicol David Genggam Juara Terbuka Hong Kong 8 Tahun Berturut-turut.

KUALA LUMPUR, 3 Dis. – Pilihan utama dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mempertahan kejuaraan pada Terbuka Hong Kong lapan tahun berturut-turut selepas mengalahkan pemain Perancis Camille Serme di perlawanan akhir kejohanan itu. Ratu Skuasy Malaysia berusia 29 tahun itu menjinakkan Camille dengan 11-9, 11-6, 8-11 dan 11-7 pada perlawanan yang berlangsung […]

Kes Sosilawati : Peguam Wakili Tertuduh Tarik Diri.

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan tindakan peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat, R.Kathavarayan.Ravi memaklumkan kepada mahkamah beliau mengambil keputusan menarik diri atas alasan keterangan Kathavarayan di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan tertuduh keempat itu […]

Mesir : Penunjuk Perasaan, Polis Bertempur Di Dataran Tahrir

KAHERAH, 29 Nov – Pertempuran baru tercetus berhampiran Dataran Tahrir malam tadi, apabila polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang marah dengan langkah Presiden Mohamed Morsy tidak melucutkan dekri kuasa apa yang disifatkan sebagai percubaan untuk melanjutkan kuasa. Puluhan pegawai polis – dibantu oleh trak menembak gas pemedih mata – merempuh […]

PETRONAS Kenalpasti Penemuan Gas di Pantai Sarawak.

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan utama gas di Lapangan Utara Kuang dan Timur Tukau di luar pantai Sarawak. Lapangan Utara Kuang, yang terletak di blok SK316, digerudi Oktober lepas melalui dua telaga eksplorasi, Kuang North-1 dan Kuang North-2. Kuang North-2 digerudi sedalam 3,223 meter dan menembusi lapisan gas 636 […]

Mahathir Gesa Percepatkan Peraturan Perdagangan Emas

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Peraturan mengenai perdagangan emas perlu dilaksanakan bagi memberi garis panduan jelas kepada pelabur dan pedagang, cadang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jelasnya, terdapat banyak kekeliruan yang timbul disebabkan ketiadaan peraturan tersebut, sekali gus menyebabkan perdagangan dan pelaburan emas kurang diminati. “Saya mempromosikan perdagangan emas untuk disimpan kerana nilai […]

Honda CBR250R Perkenal Edisi Warna Baru.

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenal empat edisi warna baru untuk menggantikan siri motosikal CBR250R sedia ada serentak dengan pelancaran Integra serba maju dalam pasaran tempatan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, pelancaran baru ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat itu untuk memenuhi pelbagai profil peminat […]

Pembangkang Selangor Persoal Penilaian Syarikat Talam.

SHAH ALAM 24 Nov. – Beberapa anggota Dewan Undangan Negeri  (DUN) Selangor dari Barisan Nasional hari ini mempertikaikan kaedah penilaian tanah yang digunakan oleh kerajaan negeri dalam mengambil alih hutang Talam yang bernilai RM392 juta. Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) berkata, antara lain Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak digunakan di dalam menilai […]