Lelaki tembak tiga orang di kompleks pejabat di AS

PHOENIX: Seorang lelaki menembak tiga orang di kompleks pejabat dan masih bebas, kata polis di Arizona. Kejadian terbaru itu berlaku selepas Kongres membangkitkan isu pengawalan senjata api buat kali pertama sejak kejadian di sekolah Connecticut pada Disember yang mengakibatkan 20 pelajar terbunuh dan mengubah perbahasan mengenai penggunaan senjata api di peringkat kebangsaan. Polis bekata, salah […]

PMBOA mahu kerajan kaji semula tambang bas akibat kos operasi semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) bersetuju dengan saranan syarikat-syarikat bas supaya kerajaan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus untuk mengelak syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi mereka. Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, cadangan yang dikemukakan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh mempunyai asas […]

PAS tak mampu laksana hukum hudud, pak turut DAP

KUALA LUMPUR: Seorang Perwakilan UMNO hari ini membidas kemampuan PAS bagi melaksanakan hukum hudud dan membentuk negara Islam sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Mohd Afandi Yusoff, berkata PAS ternyata parti yang lemah dalam memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud walaupun sudah hampir 22 tahun memerintah Kelantan. “Bila PAS […]

Petikan ucapan dasar Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Berikut petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini: * “Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, […]

UMNO tegar perjuang Islam, tentang pluralisme, liberalisme: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme. Presiden Umno berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan. “Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi […]

Najib bidas Ketua Pembangkang, bukan pengurus ekonomi yang cekap

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. Beliau turut membidas bahawa Anwar memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. “Kita maklum bahawa, pihak pembangkang dalam usahanya untuk menawan hati rakyat telah mengeluarkan Buku Jingga sebagai manifesto kenapa mereka […]

Najib garis kriteria `calon boleh menang’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, `calon boleh menang’ yang dipilih oleh UMNO hendaklah mampu memberi nilai tambah dan bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti. Presiden UMNO itu berkata, malah calon hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.”Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah sebetulnya mengundi,” […]

Najib laung semboyan pertahankan Putrajaya

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melaungkan semangat kebangkitan kepada seluruh ahli UMNO bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 sambil memberi jaminan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan terbaik. Beliau berkata, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia selaras proses demokratik. “Kita akan menggunakan segala kudrat […]

40 mangsa banjir di FELDA Kota Gelanggi, Jerantut dibenarkan pulang

JERANTUT: Seramai 40 penduduk di FELDA Kota Gelanggi, dekat sini yang ditempatkan di pusat pemindahan berikutan rumah mereka dinaiki air akibat banjir semalam, dibenarkan pulang, pagi ini. Semua mangsa terdiri daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai FELDA Kota Gelanggi sejak 3 pagi semalam itu, dibenarkan pulang mulai 8 pagi tadi selepas air […]

Keputusan badminton Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPURL: Berikut keputusan pemain Malaysia yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, semalam. Perseorangan Lelaki:Lee Chong Wei mn Nguyen Tien Minh (VIE) 21-18, 21-19; Mohamad Arif Abdul Latif kalah kepada Kenichi Tago (JAP) 12-21, 15-21. Beregu Lelaki:Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Ko Sung Hyun/Le Yong […]