Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR

Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) agar menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya sebelum 10 Disember ini agar berpeluang melanjutkan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan. Ulon Azmi Harun, 62, berkata jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan menyebabkan peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah […]

7 juta pengguna telefon pintar M’sia diancam penggodam siber

Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa.“Modus operandi antaranya dijalankan dengan […]

“Antara Dua Masa Depan” – Khairy

Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:“Wahai muda kenali diri muIa lah perahu tamsil tubuh muTiada lah berapa lama hidup muKe akhirat jua kekal diam muHai muda arif budimanHasilkan kemudi dengan pedomanAlat perahu mu jua kerjakanItu lah jalan membetuli insan”Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang telah mengurniakan kudrat […]

Delegasi Asing Kagum Cara Malaysia Tangani Konflik Dan Krisis

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Para delegasi asing yang menyertai UMNO’s International Forum yang melibatkan pelbagai negara Asia dan Afrika merasa kagum dengan cara Malaysia dalam menangani konflik dan krisis yang pernah dilalui negara ini  terutamanya ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Khairun Aseh, para delegasi negara-negara luar […]

Guru dakwa dipecat selepas hadir ceramah Anwar

Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan. Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan […]

Wacana, Konvensyen, Himpunan dan Forum Pembuka Tirai Menjelang Persidangan UMNO 2012

KUALA LUMPUR, 23 Nov. – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2012, pelbagai agenda dan program akan dilaksanakan membabitkan kepimpinan tertinggi parti, pergerakan sayap UMNO, para pelajar termasuklah perwakilan yang hadir dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Kemeriahan persidangan terbesar bangsa Melayu ini akan bermula dengan acara makan malam melibatkan KULN malam ini yang kemudiannya akan berwacana […]

Najib minta masyarakat India nilai semula sumbangan k’jaan BN

Najib minta kaum India nilai semula sumbangan k’jaan BNDatuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India di negara ini supaya menilai semula sumbangan dan bantuan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat itu sepanjang empat tahun ini.Perdana Menteri berkata banyak masalah tertunggak masyarakat itu telah dapat diselesaikan oleh kerajaan termasuk memberi peruntukan besar untuk meningkatkan taraf […]

Bomoh mati ditembak, teman wanita cedera parah

Bomoh mati ditembak, teman wanita cedera parahSeorang pengamal perubatan tradisional mati manakala teman wanitanya cedera parah dalam satu kejadian tembak di rumahnya di Jalan Permas 12/10, Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru semalam.Pengamal perubatan itu, Ang Keng, 40, ditembak di tingkat bawah manakala teman wanitanya Sureen Toh, 30, ditembak di sebuah bilik di tingkat […]

Kertas Putih Hutang TALAM, Indah Khabar Dari Rupa – Zin Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, akhirnya, kerajaan negeri mengeluarkan Kertas Putih berhubung isu Hutang TALAM pada Sidang DUN yang lalu setelah lebih dua tahun berjanji. Kertas Putih yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor ini nampaknya indah khabar dari rupa. Tegas beliau, umum mengetahui, apa jua soalan […]

Hamas Iktiraf Peranan UMNO Sokong Palestin, Gerakkan Bantuan Kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 26 Nov. – Hamas amat menghargai jalinan yang dilakukan oleh UMNO dalam melaksanakan usaha mengembling rakyat Malaysia untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menggerakkan bantuan kemanusiaan. Ketua Hubungan Antarabangsanya, Osama Hamdan menyatakan bahawa keseluruhan anggota dalam UMNO memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestindi Semenanjung Gaza. “Sebagai sebuah parti Islam, UMNO sentiasa bersikap […]