DUN Selangor Bubar selepas Chap Goh Meh.

SHAH ALAM 31 Jan. –  Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan. “Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk […]

FDI China dijangka Cecah RM1 Bilion Tahun ini.

KUALA LUMPUR, 31 Jan. – Malaysia menjangkakan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari China ke negara ini akan mencecah RM1 bilion pada tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia selaras dengan pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan. “Dijangka RM1 bilion FDI dari China tahun ini khususnya dengan pelancaran Taman […]

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar utara Chile

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggoncang bangunan dan memecahkan cermin tingkap di utara Chile awal pagi tadi tetapi pegawai mengetepikan kemungkinan berlaku tsunami dan tiada laporan kerosakan. Kajian Geologi Amerika Syarikat pada awalnya melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.7 tetapi kemudian mengkaji semula bacaan terbabit. Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 4.15 petang […]

Sungai di 4 negeri melebihi paras amaran

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Rembau, Negeri Sembilan; Melaka Tengah, Melaka; Bentong dan Bera, Pahang serta Sibu, Sarawak agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran. Menurut portal JPS, setakat 9 pagi ini bacaan paras air Sungai Rembau di Titian Bintangor di Rembau mencatat […]

Bintang Bolasepak Dunia Protes Serangan Bom di Gaza

REAL MADRID, 4 Dis – Sekumpulan bintang bola sepak dunia menggesa Israel dilucutkan hak sebagai tuan rumah untuk kejohanan Eropah Bawah-21 tahun depan berikutan serangan bom bulan lalu ke atas Gaza. Lebih daripada 60 bintang ternama termasuk Didier Drogba, Eden Hazard, Papiss Cisse dan Demba Ba menandatangani petisyen yang telah diletakkan di laman web bekas […]

Perhimpunan Agung UMNO 2012 masuk hari terakhir

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2012, yang masukhari terakhir hari ini, dijangka bertumpu kepada ucapan penggulungan parapemimpin Majlis Tertinggi terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti. Persidangan bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8.30 pagi dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh UstazMohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan. […]

PMBOA mahu kerajan kaji semula tambang bas akibat kos operasi semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) bersetuju dengan saranan syarikat-syarikat bas supaya kerajaan menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus untuk mengelak syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi mereka. Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, cadangan yang dikemukakan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh mempunyai asas […]

Pengundi Luar Negara Boleh Undi Pos Pada PRU13

Monday, 03 December 2012 18:15 Mahirah Zakaria KUALA LUMPUR 3 DIS –  Kemudahan mengundi melalui pos bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara selain pengundi tidak hadir akan dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, ia adalah selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan […]

Nicol David Genggam Juara Terbuka Hong Kong 8 Tahun Berturut-turut.

KUALA LUMPUR, 3 Dis. – Pilihan utama dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mempertahan kejuaraan pada Terbuka Hong Kong lapan tahun berturut-turut selepas mengalahkan pemain Perancis Camille Serme di perlawanan akhir kejohanan itu. Ratu Skuasy Malaysia berusia 29 tahun itu menjinakkan Camille dengan 11-9, 11-6, 8-11 dan 11-7 pada perlawanan yang berlangsung […]

£28.5 Juta : Chelsea Buru Bintang Bayer Leverkusen

LONDON, 4 Dis – Bintang Bayer Leverkusen, Andre Schurrle dijadualkan akan menyertai Chelsea pada penghujung tahun 2013. Kontrak penyerang sensasi ini membenarkan beliau untuk berhijrah dengan bayaran perpindahan £28.5 juta seperti yang diletakkan kelab itu. Leverkusen, yang kini menduduki tangga kedua Bundesliga, dijangka menjual Schurrle sewaktu jendela perpindahan musim sejuk bagi mendapatkan harga yang lebih […]